Friday, July 9, 2010

fikirkanlah .


jika seorang gadis menangis dihadapan kamu,
itu bermakna dia tidak dapat menahannya lagi.

jika kamu mengapai tangannya,
dia akan berada disisimu disepanjang kehidupanmu.

jika kamu membiarkan dia pergi,
dia tidak akan kembali lagi menjadi seperti dirinya semula.

seorang gadis tidak akan mudah menangis,
kecuali didepan insan yang amat dia cintai,
dia menjadi terlalu lemah.

seorang gadis tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia amat mencintai kamu,
egonya diketepikan.

wahai lelaki,
jika seorang gadis menangis kerana kamu,
gapailah tangannya dengan erat,
kerana dialah insan yang akan hidup bersamamu susah
senang disepanjang kehidupanmu.

wahai lelaki,
jika seorang gadis menangis kerana kamu,
jangan kamu mengecewakannya,
mungkin disebabkan keputusan kamu itu akan
memusnahkan seluruh impian dan kehidupannya.

apabila dia menangis dihadapan kamu,
apabila dia menangis kerana kamu,
lihatlah kedalam matanya,
adakah kamu dapat rasakan keperitannya.

fikirlah..

pernahkah gadis lain menangis dgn penuh kesedihan
yang amat mendalam didepan kamu?
disebabkan kamu?
dia menangis bukan kerana lemah,
dia menangis bukan untuk simpati.

dia menangis,
kerana tangisan dalam diam itu bukan berpanjangan,
kesakitan, kepedihan dan kepahitan akan membakar dari dalam.

wahai lelaki,
fikirkanlah tentangnya,
jika seorang gadis menangis,
hatinya terluka kerana kamu.

DAN KERANA KAMU,
INILAH MASA UNTUK BERFIKIR KEMBALI APA YANG TELAH
KAMU LAKUKAN,
HANYA KAMU YANG TAHU JAWAPANNYA.
FIKIRKAN KEMBALAI,
KERANA SUATU HARI,
IA SUDAH TERLEWAT UNTUK DIKESALI,
IA SUDAH TERLEWAT UNTUK MENGUCAPKAN MAAF.
FIKIRKANLAH..





Friday, July 2, 2010

huhu ..

ke kiri ku runtuh , ke hutan ku hilang , ke timur ku kosong .
aku terus bosan & tertekan seperti wanita yang terus sahaja
meninggalkan aku jauh ke dasar kerak bumi yang belum
pernah di terokai .

warna ku rindui , jiwa ku biru , menunggu cintaku ,
umpama si buta yang melihat syurga , umpama lampu
yang berbunyi hitam , lalu aku menunggu aku terus ,
kini belum tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dgn bunyi rintihan hujan seperti mau sahaja
aku mengejar gunung yang besarnya tdk t'dakap .

seperti itu juga jugalah rindu aku padanya , kini aku harus
terus menunggu atau hilang sahaja aku di daratan yang luas .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...